KOPERASI UTHM BERHAD (COOP UTHM)

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA COOP UTHM

A. KELAYAKAN 

  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:
    1. kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
    2. pelajar-pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; dan
    3. pekerja Koperasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhad
  2. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah - 
    1. warganegara Malaysia;
    2. telah mencapai umur lapan belas tahun;
    3. bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    4. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

B. CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

C. Fi Masuk

  1. Tiap- tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM60.00. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  2. Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM60.00.
  3. Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.
  4. Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU