Koperasi Komuniti Bangi Selangor Berhad

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KKBS

A. KELAYAKAN

  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada komuniti Bandar Baru Bangi.
  2. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun.
  3. Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi.
  4. Bukan seorang yang:-
    1. tidak upaya dari segi mental.
    2. bankrap yang belum dilepaskan.
    3. terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
    4. telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

Sila rujuk undang-undang kecil di pautan berikut :- Undang Undang Kecil

B. CARA PERMOHONAN

  1. Sila berdaftar secara online di laman web iKOOP.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap.
  3. Sila membuat bayaran sebanyak RM200 ( Yuran Pendaftaran (Seumur Hidup) RM100 & Modal Syer Minimum RM100)

C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan IC pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Slip bayaran pendaftaran RM 200 ke akaun akaun koperasi menggunakan payment gateway atau perbankan dalam talian.

Sila emelkan di koperasikomunitibangiselangor@gmail.com semua dokumen yang diperlukan selepas pemohon mengisi permohonan online dan hubungi pihak KKBS untuk pengesahan penerimaan dokumen. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan lulus.

D. TEMPOH KELULUSAN

  1. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi online serta dokumen yang telah diberikan, permohonan akan dibawa ke dalam mesyuarat bulanan Ahli Lembaga Koperasi untuk diluluskan
  2. Sekiranya pihak Sekretariat Keanggotaan tidak menerima apa-apa dokumen dalam masa 14 hari waktu bekerja seperti dinyatakan, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.
 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU