Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOBR2

A. KELAYAKAN

  1. Keanggotaan Koperasi terbuka kepada individu di kawasan operasi Koperasi termasuk kakitangan Koperasi.
  2. Mestilah warganegara Malaysia.
  3. Mencapai umur lapan belas (18) tahun.
  4. Mastautin atau bekerja atau mempunyai tanah di dalam kawasan operasi Koperasi.
  5. Bukan seorang yang tidak upaya dari segi mental.
  6. Bukan seorang berstatus bankrap yang belum dilepaskan.
  7. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar.
  8. Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama SATU (1) tahun atau belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.

B. CARA PERMOHONAN

  1. Sila berdaftar secara dalam talian (ONLINE) di laman web iKOOP.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap untuk memudahkan proses kakitangan Koperasi.

C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SELEPAS MENDAPAT KELULUSAN

  1. Salinan IC pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Slip bayaran pendaftaran RM 20.00 dan Syer Minima RM 1000.00.

(Sila faxkan atau emailkan di info@rakyatbr2.my semua dokumen yang diperlukan selepas pemohon mendapat kelulusan dari pihak Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad).

D. PERMOHONAN YANG TELAH DILULUSKAN

  1. KELULUSAN akan dibuat selepas penapisan pemohon oleh Ahli Jawatankuasa dan pengesahan daripada Ahli Lembaga Koperasi.

  2. Pemakluman berkenaan kelulusan akan dimaklumkan melalui emel yang telah direkod semasa membuat permohonan.

  3. Pembayaran minima syer dan fee masuk hanya perlu dijelaskan selepas mendapat emel kelulusan dari pihak Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad.

  4. Pemohon yang diluluskan diwajibkan membuat pembayaran dalam tempoh 7 hari waktu bekerja sebanyak :

    1. YURAN PENDAFTARAN MASUK : RM 20.00
    2. SYER MINIMA : RM 1000.00

  5. Pembayaran sebelum mendapat KELULUSAN dari pihak Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad adalah tidak sah dan wang akan dikembalikan.

  6. Sekiranya gagal, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.

 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU