KOPERASI FRIM BERHAD

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOFRIM

A. KELAYAKAN

  1. Kakitangan FRIM.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Telah mencapai umur 18 tahun.
  4. Bekerja dalam kawasan operasi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
  5. Bukan seseorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi.

B. CARA PERMOHONAN, JUMLAH YURAN, FI MASUK & LAIN-LAIN POTONGAN

  1. Sila berdaftar secara dalam talian [ONLINE] di laman web iKOOP - KOFRIM https://app.ikoop.com.my/kofrim.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap.
  3. Fi masuk ahli akan dicaj RM 30.00 melalui potongan gaji anggota sekali sahaja.
  4. Yuran bulanan minima - RM 30.00 dan maksima RM 100.00.
  5. Tabung Pinjaman Tanpa Faedah RM 10.00 wajib setiap bulan sehingga mencapai had RM 1,000.00 (Anggota boleh meminjam pinjaman Raya Tanpa Faedah).

C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan Kad Pengenalan (IC) pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Surat Tawaran Majikan (FRIM).

Sila emelkan ke noraniza.kofrim@gmail.com semua dokumen yang diperlukan selepas pemohon mengisi permohonan online dan hubungi pihak KOFRIM untuk pengesahan penerimaan dokumen.

D. TEMPOH KELULUSAN

  1. Permohonan yang telah lengkap diisi online serta dokumen yang telah diberikan, kelulusan adalah dalam masa 30 hari waktu bekerja bergantung kepada Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi.
 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU