KOPERASI PEKERJA FELDA MALAYSIA BERHAD

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOGUNA

A. KELAYAKAN

  1. Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada :
    1. kakitangan FELDA dan Anak Syarikat Kumpulan FELDA;
    2. pesara FELDA dan Anak Syarikat Kumpulan FELDA;
    3. kakitangan Koperasi Kumpulan FELDA; atau
    4. kakitangan Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA, FGV dan Anak Syarikat Kumpulan FGV
  2. Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah :
    1. warganegara Malaysia;
    2. telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
    3. bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan
    4. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu (1) tahun

B. CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

C. FI MASUK

  1. Tiap-tiap permohonan menjadi Anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM 20.00 (Ringgit: Dua Puluh) sahaja. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
  2. Bekas Anggota yang memohon untuk menjadi Anggota semua kali kedua dikenakan fi masuk sebanyak Rm 100.00 (Ringgit: Satu ratus) sahaja, kali ketiga sebanyak RM 200.00 (Ringgit: Dua Ratus) sahaja dan keempat tidak lagi layak memohon.
  3. Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.

Sila faxkan atau emailkan di koguna@felda.net.my semua dokumen yang diperlukan selepas pemohon mengisi permohonan online dan hubungi pihak KOGUNA untuk pengesahan penerimaan dokumen. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan lulus.

D. IKRAR ANGGOTA

  1. Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah diminta menandatangan suatu ikrar bahawa dia :
    1. akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan-aturan aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan;
    2. bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
    3. bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
    4. tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun
  2. Mana-mana pemohon yang enggan menandatangan ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota
  3. Seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan Koperasi ini, dikehendaki menandatangan ikrar menurut fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangan ikrar tersebut boleh menyebabkan dia disingkir.
 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU