Koperasi Milenia Berhad

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOMILENIA

A. KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Telah mencapai umur 18 tahun.
  3. Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini.
  4. Bukan seseorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi.

B. CARA PERMOHONAN

  1. Sila berdaftar secara online di laman web iKOOP.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap.

C. DOKUMEN DAN BAYARAN YANG DIPERLUKAN

  1. Satu salinan kad pengenalan. (Email ke : kopmilenia@gmail.com)
  2. Dua keping gambar berukuran paspot. (Email ke : kopmilenia@gmail.com)
  3. *Fi Masuk : RM 30.00
  4. Syer Minima : RM 1,000.00 (Boleh dibayar secara ansuran menggunakan fpx di dalam sistem iKOOP (bayaran atas talian)

*Fi Masuk akan dipulangkan sekiranya permohonan ditolak.

Sila faxkan atau emailkan di kopmilenia@gmail.com semua dokumen yang diperlukan selepas pemohon mengisi permohonan online dan hubungi pihak KOMILENIA untuk pengesahan penerimaan dokumen. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan lulus.

D. TEMPOH KELULUSAN

  1. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi online serta dokumen yang telah diberikan, kelulusan adalah dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja. Namun, potongan gaji hanya akan bermula pada bulan berikutnya selepas kelulusan.
  2. Sekiranya pihak KOMILENIA tidak menerima apa-apa dokumen dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja seperti dinyatakan, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.
 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU