KOPERASI PENGGUNA TEKNOLOGI MALAYSIA BERHAD (KOPTECH)

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KOPTECH

A. KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas layak untuk menyertai KOPTECH. Keutamaan diberikan kepada Usahawan, Pengguna, Pekerja dan Pelabur di dalam bidang teknologi yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur.

B. CARA PERMOHONAN

  1. Sila berdaftar secara online di laman web iKOOP.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap.

C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Slip bayaran pendaftaran RM 150.00 (AFFIN BANK BERHAD [AKAUN BANK KOPERASI]).
  3. Fi Masuk RM50.00 dan Syer Minimum RM100.00.

Sila emelkan di hellokoptech@gmail.com semua dokumen yang diperlukan selepas pemohon mengisi permohonan online dan hubungi pihak KOPTECH untuk pengesahan penerimaan dokumen. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan lulus.

D. TEMPOH KELULUSAN

  1. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi online serta dokumen yang telah diberikan, kelulusan adalah dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja. Namun, potongan gaji hanya akan bermula pada bulan berikutnya selepas kelulusan.
  2. Sekiranya pihak KOPTECH tidak menerima apa-apa dokumen dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja seperti dinyatakan, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.
 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU