KOPERASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BERHAD

 

PROSEDUR PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA KUPUTRA

A. KELAYAKAN & TERBUKA

  1. Pegawai UPM.
  2. Pegawai Koperasi Universiti Putra Malaysia Berhad.
  3. Pelajar berdaftar di dalam Universiti Putra Malaysia.
  4. Penama atau wakil sah anggota yang meninggal dunia. (3 Bulan selepas kematian, yuran daftar tidak dikenakan)

B. CARA PERMOHONAN

  1. Sila berdaftar secara dalam talian (ONLINE) di laman web iKOOP-KUPUTRA.
  2. Isikan segala maklumat dengan tepat dan lengkap.
  3. Bayaran pendaftaran RM 10 (Keanggotaan semula yuran daftar RM20).
  4. Bayaran syer minimun RM 100 (Tunai sekaligus @ potong gaji RM50 x 2 Bulan).
  5. Bayaran yuran bulanan minimum RM 30

C. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan IC pemohon (DEPAN & BELAKANG).
  2. Surat lantikan tetap atau surat pengesahan jawatan.
  3. Dua keping gambar ukuran lesen memandu (Untuk rekod & kad anggota).
  4. Slip bayaran pendaftaran & syer & yuran bulanan.

Sila emailkan di kuputra.keanggotaan@gmail.com semua dokumen yang diperlukan selepas pemohon mengisi permohonan online dan hubungi pihak KUPUTRA 03-97697940 untuk pengesahan penerimaan dokumen. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan lulus.

D. TEMPOH KELULUSAN

  1. Bagi permohonan yang telah lengkap diisi online serta dokumen yang telah diberikan, kelulusan adalah dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja. Namun, potongan gaji hanya akan bermula pada bulan berikutnya selepas kelulusan.
  2. Sekiranya pihak KUPUTRA tidak menerima apa-apa dokumen dalam masa 7 - 8 hari waktu bekerja seperti dinyatakan, permohonan tersebut akan DIHAPUSKAN tanpa dimaklumkan.
 
     
 
NOMBOR KAD PENGENALAN BARU