Soalan Umum

Pembiayaan ditawarkan berdasarkan oleh koperasi-koperasi yang telah menggunakan sistem iKOOP, boleh semak melalui senarai koperasi atau log masuk sebagai ahli koperasi anda.
Permohonan pendaftaran atau pembiayaan boleh dilakukan dengan mengklik butang log masuk koperasi dan memilih koperasi yang anda pilih.
Ya, setiap pembiayaan boleh membuat penjelasan awal, pembayaran boleh dilalukan secara dalam talian melalui semakan penjelasan awal oleh koperasi anda.
Ya, setiap koperasi-koperasi yang menggunakan sistem iKOOP akan menawarkan produk pembiayaan dalam talian dan boleh memohon bila-bila masa mengikut terma dan syarat oleh koperasi.
Pemohon boleh melakukannya pada bila-bila masa dengan mendaftar sebagai ahli koperasi yang menggunakkan sistem iKOOP.

Mengenai iKOOP

iKOOP adalah sistem aplikasi dalam talian bagi daftar rekod anggota, bayaran saham dan yuran, penyata, permohonan pembiayaan, urusniaga resit/baucer/autobayaran, laporan-laporan mengikut standard SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dan pelbagai transaksi secara dalam talian bagi koperasi-koperasi yang mendaftar dengan iKOOP.
iKOOP berfungsi dengan memberikan antaramuka aplikasi anggota dengan pengurusan koperasi bagi memudahkan dalam melakukan aktiviti perniagaan atau pengurusan koperasi.
TIDAK, iKOOP bukan koperasi yang berdaftar di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). iKOOP ialah portal sistem bagi kegunaan koperasi-koperasi dengan anggota-anggota yang menggunakan aplikasi iKOOP.
TIDAK, iKOOP tidak mengenakan sebarang bentuk bayaran terhadap anggota koperasi yang menggunakan sistem iKOOP.
TIDAK, iKOOP tidak menawarkan sebarang bentuk pembiayaan. Pembiayaan adalah tertakluk kepada undang-undang SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia), ianya hanya ditawarkan oleh koperasi yang diluluskan di bawah pengawasan SKM.

Selepas Anda Memohon Pendaftaran Anggota

Bila-bila masa sahaja, ianya tertakluk kepada syarat-syarat koperasi untuk menjadi anggota. Boleh semak kelayakan dan syarat-syarat menjadi anggota koperasi.
Pembiayaan bergantung kepada koperasi yang anda anggotai, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh koperasi, sekiranya anda memohon secara dalam talian menggunakan iKOOP, kebiasaanya 3 hari berkerja atau secepat dalam masa 2 jam.
Kadar perbandingan (rate) mengikut koperasi yang menawarkan kemudahan pembiayaan yang boleh dilihat melalui log masuk sebagai anggota koperasi.
Jumlah kelayakkan bergantung pada gaji atau kadar DSR yang tidak selalunya melebihi 60% dari gaji bagi potongan setiap bulan, Contoh: Gaji Bersih RM 1,000.00, kadar layak potongan sehingga RM 600.00 sebulan . Ianya bergantung kepada koperasi yang menawarkan pembiayaan serta syarat. Sila semak kelayakkan di koperasi.

Selepas Permohonan Anggota/Pembiayaan Anda Diluluskan

TIDAK, kami tidak mengenakan sebarang bayaran kelulusan terhadap anggota yang menggunakan sistem iKOOP. Bayaran adalah tertakluk kepada koperasi.
Anda boleh melakukkan secara dalam talian dengan log masuk dan membuat bayaran melalui online kepada koperasi sekiranya permohonan anda diluluskan oleh lembaga koperasi atau pengurusan koperasi atau melalui offline. Sila hubungi koperasi anda untuk tujuan pembayaran atau potongan gaji.
Dengan Log masuk sekiranya permohonan anda telah diluluskan dan ianya akan diaktifkan melalui email anda atau pihak pengurusan koperasi akan memberitahu anda sekiranya permohonan anda layak dan diterima menjadi anggota.
Top